pukul 5 pagi telah terasa cukup tidur, rasa memang fresh dan
bertenaga.
Maka pun saya angkat bakul dan alat cuci
kapal terbang F-117 dan mulalah mencuci F-117 yang telah amat
kotor, berdebu dan tidak dapat kekenali warna sebenarnya.
Setelah saya cuci, maka saya pun pergi ke tandas dan buang air
besar kerana biasanya selepas senaman ( atau mencuci kereta )
dan sebagainya, perut akan terangsang dan akan ada output yang
kena dihantar ke Indah Water.
Setelah keluar daripada tandas, terasa cuaca sudah berubah sedikit
dan angin mula bertiup-tiupan.
Seluar saya terus terjatuh ke atas lantai kerana belum siap dipakai.
Saya memandang ke arah langit dan bercakap..
Saya:" Tuan, selamat pagi !"
Langit:" ..... "
Saya:" Tuan, saya baru saja cuci kereta dan hendak ke Ipoh nanti!"
Langit:" ..... "
Saya:" Tuan, tak eloklah kalau nanti hujan kena kereta saya, bukan?"
Langit:" ..... "
Saya:" Ok Tuan, kalau Tuan berdiam bermaksud Tuan telah bersetuju
dengan cadangan saya untuk tidak hujan ya ? "
Langit:" Kapoooommmmmm !!! " dan memberi sambaran petir kuat !!
Aku lari sampai seluar pun koyak pecah bin jatuh !!!
wtfknnbbq !!! Setiap kali selepas cuci kereta mengapa mesti hujan mia?
No comments:
Post a Comment