Sunday, January 07, 2007
Mata Malaysia ?
Semalam setelah habis makan saya keluar dari restoran di
Bukit Jalil dan menghala ke arah Jalan Tun Razak,
Tasik Titiwangsa.
Mek Gemuk yang baru habis tugasnya perlu di"pickup"
oleh saya dan mak oi ! Jalan Tun Razak adalah begitu sesak
sehingga semut nak lalu jalan pun tak dapat lepas.
Tak percaya ke ? Tengok gambar ini betul betul. Sesak yang
amat dasyat sekali !!
Hujan renyai renyai mula turun pada 11 malam lebih dan
kesesakan jalan masih tak hilang hilang, kaki kiri sudah
mula penat tekan clutch dan mulut sudah mula comar
perkataan kesat seperti," Mak engkau, apacet, yo wassap,
getting jiggy with it , ice ice baby, hastala vista babeh dan
sebagainya ! "
Tiba-tiba terdengar bunyi macam bom meletup dan terus
saya terkejut dan " Apacet itu bunyi mak engkau ? "
Rupa rupanya bunga api !! wheewww !! Ingatkan saya
didenda oleh Tuhan dan disambar petir kerana mulut
kotor and celopar, cis ! !! hampir terkencing dalam seluar
dalam pula !! -_-"
Sejak sekolah rendah lagi kami diajar oleh cikgu dan guru
yang bermain bunga api dan mercun adalah dilarang sama
sekali bawah undang undang Malaysia.
Tetapi, kenapakah bunga api dan mercun yang begitu
besar boleh dipamer dan cikgu dan guru saya tidak
membantah pula ?
Apakah itu double standard ?
Apakah itu kerajaan boleh buang air besar tapi rakyat
tak boleh kentut ? atau dalam Bahasa Cina
只准官放火, 不准民点灯?
只准官大便, 不准民放屁?
Apakah itu cakap tak serupa bikin ?
Apakah itu saya nak dengar perkara sebenar ?
Apakah itu " Saya Anti Rasuah?"
Entahlah !! Dah tak berupaya nak ingat apa yang
dicakap oleh "Pihak Yang Berkuasa" kerana sekarang
terdapat terlalu banyak "Pihak Yang Berkuasa".
Macam rumah saya, kadang-kadang bapa saya yang
berkuasa, kadang-kadang emak saya yang berkuasa.
Kadang-kadang kedua-dua mereka pun nak tunjuk
kuasa, maka saya lari cepat cepat bertempiaran !!
Jadi, bagi mereka yang diberi mandat untuk menjaga
nasib rakyat Malaysia tetapi melakukan perkara yang
sebaliknya !!
Ingat tentang The Judgement Day ? Ya !! Itu !!
Di mana kita akan berjumpa lagi dengan Hakim ?
Jumpa di sana, Salam Mesra dan Selamat Malam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment