Wednesday, September 21, 2005

Hari Ini Dalam Sejarah !!

Meninjau balik Hari Ini Dalam Sejarah.

10 tahun yang lalu , pada hari ini 21 Haribulan September 1995.

Kalau tidak silap kami sedang beria-ia untuk membuat ulangkaji
dan belajar saat-saat akhir untuk peperiksaan SPM !!! MCB !!

SPM tidak sampai 2 minggu lagi tetapi banyak yang belum baca,
tidak faham, buat apa ulangkaji? Sepatutnya memeluk kaki
Buddha pada saat-saat akhir.

Mujurnya, SPM telah berlalu dan 10 tahun kemudian saya masih
hidup dan menulis mengenainya.

Masa tingkatan 1 hingga tingkatan 5 adalah merupakan waktu
dan masa yang paling menggembirakan saya, tiada tandingan
yang lain dari segi kegembiraan dan perasaan yang tanpa sebarang
masalah serta perkara yang menyakitkan hati kecuali PMR dan SPM !!

Terima kasih pada ibu-bapa saya, saya masih hidup 10 tahun kemudian
dan pada hari ini, saya telah bekerja sebagai seorang Juru Jual atau
dalam erti-kata lain, Penipu ! Penipu yang menipu orang lain supaya
membeli sesuatu daripada saya , wah ha ha ha ha !!!

Penipu !!! Cis !!

Hari ini terasa agak selesa dan lembab di dalam pejabat
kerana pertemuan dengan pelanggan telah dijadualkan
ke hari esok. Kerja di atas meja taklah banyak sangat.
( Sebenarnya langsung tidak ada kerja paperwork )

Telah meluangkan agak banyak masa untuk membaca blog
dan karangan daripada internet, ada yang dalam bahasa
cina, inggeris malah bahasa malaysia.

Tiba-tiba terfikir bahawa telah agak lama saya tidak menggunakan
bahasa malaysia dalam penulisan, dialog biasa dengan rakan
kerja juga kekurangan kerana kebanyakan kami menggunakan
bahasa inggeris dalam pertuturan harian.

Agak bimbang nanti kelak apabila saya balik ke Kota Bharu, Kelantan
saya tidak dapt bertutur dalam bahasa malaysia (versi Loghat Kelate).
Masa itu, memanglah memalukan.

Senario :
=======
Saya :" Hello, Mackchik, saya nak beli Nashit Daghang satu !"
Makcik :" Gah Poh Mu Kecek? Tak peheh langsung !!"

Saya :" Sayha nak beli ini Nashit Daghang dengan Khari Ayham !"
Makcik:" Cis mak engkau ! Siapa itu Khairy ??"

Makcik:" Jangeh enkau mahgi sini kacau, gi main jauh-jauh !"

Saya -_-" dan terus balik rumah untuk memasak Mee Segera !!! -_-"

Inilah akibatnya jika seseorang itu tidak dapat bertutur dalam Bahasa
Malaysia dengan tepat dan cepat.

Anjing = Anjhing
Kari = Khari
Cacing = Chaching
Cacat = Chachat
Saya = I
Anda = You
Kami = We
Mereka = They

Apa itu? = WTF is that?

=======

Oleh itu, pada pendapat saya adalah penting bagi saya untuk
menulis Blog dalam bahasa malaysia sekali-kala atau untuk janka
masa panjang. Mengapa? Untuk memastikan tahap bahasa Malaysia
saya tidak berpudar begitu sahaja.

Sebenarnya saya berpendapat semenjak keluar daripada sekolah
menengah SYP Kuala Krai pada tahun 1995, peluang untuk bertutur
atau berinteraksi dalam bahasa malaysia adalah semakin berkurangan.

Lebih-lebih lagi kini saya menetap di Petaling Jaya dan bekerja di sini.
Kawan-kawan yang bertutur dalam bahasa Malaysia dari Kota Bharu
dan Kuala Krai tidak terjumpa-jumpa lagi , entah kemana pergi !!??

Saya rasa saya harus menulis sekurang-kurangnya 1 blog dalam bahasa
Malaysia setiap 2 minggu untuk memastikan tahap Bahasa Malaysia
tidak akan merosot seperti batu yang jatuh ke dalam lautan Atlantik.

Malah saya akan mula bertutur dengan menggunakan Bahasa Malaysia
dengan lebih kerap, supaya saya masih tidak terlupa akar, yang saya
berasal dari Kota Bharu dan Kuala Krai Kelantan.

Pada tahun 1996 dan 1997 telah saya menulis beberapa cerita yang
menggunakan bahasa klasik, kawan-kawan saya yang menerima
cerita tersebut ketawa sampai berguling-guling atas lantai (LOLROTF)
selepas membaca cerita tersebut.

Adakah cerita tersebut terlalu lucu dan menyebabkan geli hati?

Ataupun penulisan saya adalah terlalu teruk dan dasyat sehingga
mereka ketawakan saya?

Saya tidak akan dapat tahu kerana cerita-cerita tersebut telah
hilang selama-lamanya, seperti batu yang jatuh ke lautan Atlantik.

Baiklah, setelah sekian lama tidak menulis dalam Bahasa Malaysia,
jika memaksa saya menulis 500 patah perkataan sekali gus, ia adalah
amat menyeksakan bagi saya.

Saya akan cuba sedaya upaya untuk menulis lebih blog dalam
Bahasa Malaysia untuk menunjukkan kami , kami adalah amat sayang
pada negara yang kami dilahirkan.

Diharap juga negara yang kami sayang serta cinta akan berbuat
demikan dengan sayang dan cinta balik pada kami.

================
Perkara yang paling bahagia di dunia ini adalah, untuk dapat
mencintai seseorang atau sesebuah negara.

Dan sebagai balasan, seseorang atau sesebuah negara itu sayang
dan mencintai kita juga. Bukan kah begitu ??

2 comments:

Jason Lioh said...

Very de geng chau your bM.

Philips at work. said...

Maka hatta, Hang Philips pun bertitah :" Wahai Jason ! "

Hang Philips:" Wahai Jason, baginda semakin Kembang dei !"

Thank you, salam mesra dan selamat malam.