Tuesday, January 22, 2008

The One About Handphone Rescue SOP

Maka hatta, apa yang harus anda patut buat jika telefon bimbit
jatuh apabila anda melakukan sesuatu yang amat penting .

  • Jangan panik ! Jangan menjerit-jerit macam orang gila.

  • Tengok sekeliling.

  • Tengok ke mana telefon tersebut karam bin tenggelam.

  • Jika jatuh longkang, terus ambil dulu.

  • Jika jatuh longkang, dan air longkang deras, panggil Bomba.

  • Jika jatuh longkang, dan air longkang kotor,
    busuk dan hitam, terus beli telefon baru !!

    **************

  • Jika jatuh dalam mangkuk tandas, tengok dulu.

  • Jika mangkuk tandas tidak ada air besar, kutip cepat-cepat.

  • Jika mangkuk tandas tidak ada air besar, jangan buang air besar dulu,
    kutip dulu.

  • Jika mangkuk tandas ada air besar, beli lah telefon baru !!

    ****************

  • Jika telefon jatuh ke dalam sungai, tengok kalau sungai deras
    ke tidak.

  • Jika air deras, panggil Bomba.

  • Jika air tidak deras, tengok jika ada buaya atau babi hutan
    atau kuda air ( hypo ).

  • Jika tiada binatang buas, terus kutip dari sungai.

  • Jika sungai ada binatang buas ( ular juga ) panggil Bomba.

  • Jika sungai cetek, terus ambil tanpa masalah di atas.

  • Jika sungai amat dalam, panggil Bomba, atau
    Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM )

  • Jika sungai busuk, kotor, berbangkai kucing ada air besar,
    kekuning-kuningan. maka tahniah kepada anda kerana anda
    sedang berada di Sungai Kelang.

  • Kalau anda berada di atau dekat dengan Sungai Kelang,
    maka kita boleh pergi makan Bak Kut Teh dulu sebelum nak
    cari handphone tersebut atau beli handphone baru.

  • Selamat Tahun Baru Kepada Anda dan Tuan Majikan Anda.

    ********

  • Jika handphone jatuh ke dalam laut. Jangan panik juga.

  • Tengok samada laut tersebut ada ikan jerung atau buaya laut.

  • Jika tiada, tengok jika air laut dalam atau tidak.

  • Jika air laut tidak dalam ( kurang daripada 1meter ),
    kutip aja !!

  • Jika air laut sederhana dalam ( kurang daripada 10 meter,
    lebih daripada 1 meter ) ambilah 1 pelampung
    ( kepada mereka yang tidak pandai berenang, jangan buat ! beli baru punya )
    dan cuba cari telefon tersebut.

  • Jika nampak telefon di dasar laut ( tidak lebih daripada 10 meter )
    cuba untuk tenggelam dan mencapai telefon tersebut.

  • Jika laut adalah dalam ( lebih daripada 10 meter dan ke atas )
    panggil Tentera Laut Di Raja Malaysia, dan tanya mereka mana ada
    jual handphone baru yang bagus lagi murah.

  • Jika Tentera Laut Di Raja Malaysia tidak tahu,
    boleh tanya Polis Di Raja Makaysia juga.

  • Jika Polis Di Raja Malaysia juga sangat sibuk dengan
    membenteras kes, maka anda boleh cari Saudara Lim Kit Siang
    ( DAP punya orang lah itu ) dan anda boleh baca article beliau pada
    http://blog.limkitsiang.com/

  • Jika Saudara Lim Kit Siang punya article tiada atau gagal dihubungi
    ( Nombor Yang Anda Dial, Berada Di Luar Kawasan Rangkaian, Terima Kasih )

    Anda juga dapat baca article tulisan saudari Terresa Kok

    http://teresakok.blogsome.com/

    Maka, hatta, Hang Tuah pun berdiri dan berucap dengan 2 belah tangan
    menyembah baginda.

    "Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun !! " cakap Hang Tuah.

    "Cis !! Budak bedebah Hang Tuah, hanya beribu ampun saja ,
    mana cukup ?" Titah Baginda.

    " ????? Apa???? " tanya Hang Tuah, Hang Jebat pun tersenyum
    kambing di tepi.

    Akan disambung lepas Hari Raya Cina... kua...
  • 1 comment:

    Anonymous said...

    Jika handphone jatuh...

    angkat keluar you punya 40D dan tangkat gambar sebelum ambil itu handphone!!

    itu baru betul!!