Friday, August 25, 2006

Sarjan Philip

Pagi ini apa bila saya mencukur muka saya untuk membuangkan
semua bulu-bulu yang tumbuh di muka saya, saya telah
terfikir mengenai masa depan negara saya Malaysia yang
saya sayangi.

6 hari lagi sebelum tibanya Hari Kemerdekaan Malaysia yang
ke 49 namum masih Malaysia mempunyai terlalu banyak perkara
yang harus diperbaiki dengan segera.

Sayangnya, sebuah negara yang begitu indah, cantik dan sesuai
dihuni, tetapi dibebani pelbagai masalah yang ditimbulkan
oleh parti-parti yang memang tidak berguna langsung.

Semakin saya fikir semakin sedih, teramat sedih sehingga
tercukurnya muka saya yang licin lagi menawan.

Pisau cukur yang mempunyai 2 bilah mata pisau ini adalah
amat tajam dan telah meninggalkan 2 kesan ke atas muka
saya dan saya terus" Apacik! Muka sudah rosak -_-" "

Tengok-tengok muka saya, mujur tak dalam luka dan kesan
tersebut, tetapi sudah nampak seperti seorang tentera
yang membuat tatoo di atas mukanya sendiri.






-_-"




Benci betul !! Kenapakah hanya 2 luka dan bukan 3 luka? Kalau
dua luka pangkat saya hanyalah pankat Korporal.

Kalau saya boleh tambah lagi satu luka, maka 3 garis bermaksud
saya telah berpangkat sarjan.

Sarjan Wong Sarjan Philips....

Wah !! Gaya betul !!

Sarjan Sarjan !! Tabik Hormat Sarjan, Selamat Pagi Sarjan !!

Gaya Mesti Ada !!!

1 comment:

Jason Lioh said...

beli gillete mach 3 turbo, ada 3 bilah pisau, maka boleh cukur sampai 6 batang, 6 pangkat itu apa? PM kah?:P