Monday, July 10, 2006

Aku kayu loh !!

Entry ini adalah ditujukan khas kepada seorang kawan karib
saya yang bernama Sam...

Sam telah kahwin dengan isterinya lebih kurang 2 tahun lalu
dan kini mereka mempunyai seorang anak perempuan yang
berumur 2 -_-" dan isterinya mengandung sekarang.

Kadang-kadang isteri Sam datang ke kedai Sam untuk membantu
Sam dalam kegiatan perniagaan harian. Dan kadang-kadang
isteri Sam akan cuai, lalai dan kadang-kadang Lun Lun
Chun Chun begitu...

Dan kadang-kadang cuai, lalai and Lun Lun Chun Chun akan
mengakibatkan Sam menjadi sedikit tidak puas hati dan terasa
marah juga dalam hati.

Apabila nampak Sam marah, isteri Sam akan cakap begini :

" Sam, sorry lah ya, saya tahu Saya ni memang kayu ! "
老 公,别 生 气 啦,我 知 道 我 是 废 材 了 啦!

" Sam, minta maaf ya, saya tahu Saya ni bodoh sikit !"
老 公,别 生 气 啦,我 知 道 我 很 笨 hor!

" Sam, jangan marah ya, saya tahu Saya kadang-kadang
Lun Lun Zhun Zhun ya ? Sorry lah ya ? "
老 公,别 生 气 啦,我 知 道 我 侖 侖 准 准 lar !

Mak Oi selepas Ah Sam terdengar isterinya meminta maaf
dengan cara ini dia terus ketawa dan tidak lagi ada
perasaan marah walaupun sikit !! Bagus sekali Sam punya
isteri !

Ingat Sam punya isteri pandai ? Salah, anda belum lagi
nampak Kung Fu sebenar beliau !!

Setahu kita Sam punya isteri telah berbadan dua atau
mengandung ya ? Kadang-kadang isterinya baru makan tengah
hari tetapi 10 minit kemudian terasa lapar pula.

Maka, isteri Sam akan bercakap:

" Sayang, baby sudah lapar lah, ingin makan Bak Kut Teh !"

" Sayang, baby ingin makan ABC lah tiba-tiba !"

" Eh, baby cakap ingin makan roti bakar dengan kaya pula! "

Apa boleh Sam buat ? Terpaksalah belikan kesemua benda
tersebut untuk " Baby " mereka ya ?

Yang lebih canggih seperti.

5 hari yang lepas ialah hari jadi Sam, tetapi Isteri Sam
telah lupa untuk mengucap " Selamat Hari Jadi " kepada Sam
lalu Sam pun ada sikit susah hati.

Namunlah, isteri sendiri pun lupa hari jadi sendiri ? Apa
boleh buat ?

Sam pun beritahu isterinya yang isterinya telah lupa untuk
mengucapkan "Selamat Hari Jadi" terhadap Sam.

Mana tahu isteri Sam jawab:

" Oh Sam, bukan saya yang lupa, Baby kita yang lupa lah !"

" Jangan marah saya ya? Baby telah lupa harijadi bang... "

Saya ingat Sam terus jatuh ke dalam longkang di depan kedainya
selepas mendengar penjelasan isterinya.

Mengapakah isteri Sam begitu cerdik pandai ?? Mengapa ??

No comments: