rasa adalah baiknya jika saya dapat menyambut HBM dengan menulis dalam Bahasa Malaysia.
Masa sekarang adalah 1:34 pagi dan, rasa amat segar setelah mandi, dan sebelum mandi telah saya mencuci kereta kesayangan saya, jenama F-117 buatan Itali, tetapi ia dibawa masuk ke Malaysia dengan CKD -_-"
Makan malam adalah nasi lemak dan rasa amat kenyang walaupun banyak yang tinggal dan dibuang. Maka pada pukul 11:00 malam terasa tak tertahan lalu pun bawa bakul, bawa paip air dan syempu kereta ( selepas gosok gigi dan sikat rambut ) menghala ke tempat cuci kereta.
Suasana agak sunyi tetapi rumah pangsa kos rendah di sebelah masih riuh rendah dengan, rasanya kebanyakan mereka baru saja hendak keluar kerana saya dengar sekarang adalah merupakan musim perlawanan bola sepak.
Maka, saya pun teruskan usaha untuk mencuci F-117 aku yang sebenarnya tidaklah begitu kotor. Pagi tadi masih ada rakan sekerja yang memuji :
" Wah Kai Hong, kereta awak ni bersih lah !"
" Wah Kai Hong, jarangnya kereta juru jual yang sebersih kereta awaklah ! "
-_-" Tetapi demi senaman dan rasa bersalah kerana memakan nasi lemak sebagai makan malam, maka terpaksalah saya mencuci F-117 yang tidak begitu "kotor" .... ai....
Sebenarnya sejak kebelakangan ini, saya terasa agak tertekan demi masalah bekerja. Sudah 2 bulan saya terasa begini, dan perasaannya adalah bagai seseorang yang terapung di lautan yang besar dan tidak pasti mana hendak atau akan dibawa ombak. Teruk betul perasaan begitu kan ?
Sebagai seorang yang tidak mengalah kepada keadaan yang tidak memuaskan hati. saya telah cuba beberapa cara untuk mengatasinya dan salah satu daripadanya adalah
Mencuci Kereta... hahahaha !!
Apabila seseorang itu asyik dan betul-betul memberi perhatian apabila mencuci kereta. Segala masalah dan perkara yang tidak seronok akan dilupai sementara.
Pemikiran dan daya membuat keputusan juga akan meningkat apabila seseorang itu mencuci kereta ( sama seperti apabila seseorang itu bersenam atau rehat ).
Setelah 80 minit mencuci, mengeringkan dan memberi lapisan lilin ( waxing ) terasa amat dahaga, sikit penat, tetapi pemikiran sudah semakin jelas, rasa sudah cukup senaman.... maka pun baliklah ke condo saya untuk meneruskan tugas kedua, mencuci baju.
Sebenarnya, sejak 1998 tugas mencuci baju talah menjadi sesuatu, bukan lagi tugas kerana ianya hanya melibatkan saya untuk memasukkan baju ke mesin basuh, tekan butang dan tunggu untuk mesin siap membasuh. Kemudian pun mengantungkan baju dan seluar dan lain-lain dan tunggu ia kering.
Sejak 3 tahun yang lepas lagi seronok setelah berpindah ke Condo Puncak Damansara, ada mesin pengering baju pula atas jasa dan sumbangan Ah Kok dan Fane Yuan.
Sekarang, hanya masuk baju ke mesin, cuci, dan lepas dua jam, pindahkan baju daripada mesin mencuci ke mesin pengering, 1 jam kemudian terus ada pakaian yang bersih dan kering...
Oh seronok betul !! Jadi, jika begitu seronok dalam kehidupan harian, buat apa nak terasa tersinggung jika menimpa sedikit masalah dalam berkerja?
Baiklah, saya akan berusaha untuk menangani masalah yang bangkit dalam kerja saya esok dengan sedaya upaya. Jika masih tidak dapat menangani, maka, masih banyak hutan hutan di luar sana, tak usah kerana satu pokok dan membelakangkan segala hutan yang lain, bukan ?
selamat malam, salam mesra !
No comments:
Post a Comment